KUALA LUMPUR 30 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak masyarakat majmuk Malaysia memelihara semangat permuafakatan dan kerjasama yang menjadi tonggak kekuatan negara sejak awal kemerdekaan.
Katanya, pembangunan negara yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan yang terjalin antara rakyat pelbagai kaum dan agama selama ini.
‘‘Perpaduan rakyat Malaysia menjadi kekuatan kepada kita, pastikanlah, kekuatan itu (terus) menjadi milik kita pada hari ini. Muafakat yang elok, kerjasama kukuh dan berkesan, ini adalah amat perlu,’’ katanya dalam perutusan khas yang disiarkan menerusi radio dan televisyen sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-49, di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata, dalam memupuk dan memelihara perpaduan, setiap rakyat Malaysia harus bersifat sabar, bertimbang rasa, mengutamakan kerjasama serta saling menghormati antara satu sama lain.
Merujuk kepada insiden 13 Mei 1969, Abdullah mengingatkan warga
Abdullah berkata, rakyat harus mengelak melakukan apa jua perbuatan yang merosakkan permuafakatan kerana ia akan menghakis dan menghilangkan kekuatan negara.
“Apa yang membuat kesusahan kepada kita, kita perlu elakkan, itulah maknanya kita belajar daripada sejarah, di samping itu, kita juga perlu mengukir sejarah kita, mengukir sejarah membina tamadun di masa hadapan,’’ ujar beliau.
Abdullah menambah generasi sekarang, yang menikmati warisan perjuangan generasi dahulu, bertanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih maju dan berjaya, untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
“Ataupun sekurang-kurangnya sebagai sebuah negara yang mempunyai kerajaan yang ada rancangan yang tersusun dan diatur dengan baik... supaya negara kita akan dapat meningkat maju,’’ katanya.
Overall, i see this as a good speech, but lacks clarity. His speech lacks the power that could drive listeners to become better followers. Unlike Tun 'appa namaa, appa namaa', he's more of a "takpalaaa, dia nak buat dia buat lah....".
Few days back he commented on an issue regarding the international corruption index, in which the world witnessed Malaysia ranked 39th of all. Malaysia??! Corruption??! Islamic state??! Muslim-majority country??! What's happening here?!
Few weeks back, he told the press that any interference of other religious activities into the Melayu-Muslim activites and territories should be stopped. People might think differently, but i personally think that this is just another quick-fix, short-sighted solution for the problem
aiyaa...... Malaysia Malaysia ku....
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-49!
2 comments:
anak saya punya company buat nuclear centrifuge, anak saya punya laki jual saham kat syarikat singapore, biarlah depa buat apa depa nak...
depa sudah besaq, depa pun sudah ada tau itu sedikit agama....cukuplaa.... yg penting kita mau semua maju....semua hadori
Post a Comment