Wednesday, November 21, 2007

Seru kepada ma'ruf & cegah mungkar; Aplikasi konsep dalam kehidupan kita di UK - Penerangan dan Tazkirah

Sahabat-sahabat yang dirahmati, dicintai, dan diredhai Allah,
Assalamualaikum wbt.

Marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT, Pencipta kita diatas kurniaNya yang tidak terhingga, serta kasih sayangNya, yang kadang-kadang kita terlupa, bukti kepada kelemahan diri kita yang hanyalah sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Saya sekadar nak berkongsi tazkirah buat sahabat-sahabat pada kali ini.

Pertama sekali, saya ucapkan jazakumullahu khairan jazaak, terima kasih yang teramat bagi mereka yang menghadirkan diri ke Student Council malam semalam. Mudah-mudahan sahabat-sahabat sekalian beroleh suatu pengalaman baru dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar di UK.

Isu utama yang dibincangkan sebelum pemilihan dibuat adalah berkenaan dengan 'Governance Review'. Tetapi sebelum saya meneruskan lebih lanjut berkenaan dengan isu tersebut, mungkin lebih molek kalau saya ceritakan dahulu apa itu NUS dan apa hubungkaitnya dengan Students Union universiti kita.

NUS (National Union of Students) adalah suatu organisasi yang menyelaras gerak kerja dan hal ehwal semasa pelajar-pelajar di UK. Para penggerak NUS terdiri daripada 2 kategori; Full-time (biasanya mereka mengambil GAP YEAR) & Part-time (belajar sambil berkhidmat). Setiap tahun, NUS akan mengadakan beberapa siri Student Parliment / NUS National Conference bagi membincangkan perkara-perkara yang dirasakan penting dalam kehidupan pelajar. Mereka yang menghadiri Student Parliment ini adalah perwakilan-perwakilan universiti (NUS Delegate).

Setiap universiti mempunyai kuota untuk menghantar beberapa orang perwakilan ke Student Parliment. Mereka yang dilantik akan membawa pandangan yang dirasakan sesuai mewakili universiti masing-masing. Tetapi ini tak bermakna semua perwakilan perlu mempunyai pandangan yang sama. Mereka mempunyai hak untuk berdiri dengan pandangan tersendiri, walaupun mewakili universiti mereka, kerana mereka dilantik secara demokratik oleh hadirin yang mengundi mereka.

Setiap perwakilan akan pergi diatas kapasiti individu. Walau bagaimanapun, menyedari bahawa setiap individu mempunyai pandangan-pandangan tertentu berdasarkan latar belakang, pengalaman, fahaman dan sebagainya, maka wujudlah badan-badan yang memperjuangkan fahaman-fahaman masing-masing. Antara badan-badan ini ialah:
1. Labour, Conservative, Liberal Democrats (mereka yang berjiwa politik mainstream UK)
2. Union of Jewish Studens, UJS (di universiti dikenali sebagai Jewish Society. Pro-Zionis. Pelajar Yahudi yang anti-Zionis akan didiskriminasi dalam badan ni)
3. Federation of Student Islamic Society, FOSIS (di universiti dikenali sebagai Islamic Society. memperjuangkan dan mempertahankan hak pelajar muslim)
4. Lesbian, Gay, Transexual & Bisexual, LGBT (di universiti - LGBT jugak. memperjuangkan hak mereka yang claim sebagai LGBT sejak lahir)
5. Palestinian Solidarity Group (di universiti - sama. memperjuangkan hak asasi manusia masyarakat Palestin)
dan macam-macam lagi.

Setiap badan merasa bertanggungjawab untuk meramaikan penggerak-penggerak badan masing-masing untuk memperjuangkan hak mereka. Lagi ramai lagi bagus, kalau sikit, hak mereka dipertikaikan, lantas pelajar-pelajar seluruh UK yang mempunyai fahaman yang sama tertindas (cth: Isu niqab di London)

Dalam konteks kita sebagai seorang warganegara Malaysia yang mengambil Islam sebagai cara hidup, saya tekad untuk bersama-sama memperjuangkan:
- isu-isu keadilan sejagat (demokrasi, hak belajar masyarakat palestin dll.)
- isu-isu hak pelajar Islam di UK.

Sesetengah masyarakat Muslim di sini (local) ada mengeluh:
"Kita masuk benda-benda ni buat apa, tak mendekatkan diri dengan Allah langsung dlm NUS"
"Bukannya ada kuliah-kuliah rohani yang menyucikan diri pun kalau jadi Delegate"

Pada pendapat saya, dan saya yakin anda juga berpendapat bahawa:
Kita cintakan Allah dan Rasul, dan agama Islam. Dan orang yang hebat adalah orang yang dekat hatinya kepada Allah. Pada saya, orang yang lebih hebat adalah orang yang mampu untuk mempertahankan hak masyarakat keseluruhannya untuk bersama-sama merapatkan diri kepada Allah.

Sebab itu Allah SWT ada berfirman dalam sepotong ayat yang bermaksud "dan hendaklah segolongan dikalangan kamu membawa kepada kebaikan, menyeru/menggalakkan kepada yang baik/ma'ruf dan mencegah/menentang perkara-perkara yang mungkar...(sampai akhir ayat)"

Selain daripada mengambil peluang untuk memaksimakan kehidupan kita sebagai pelajar di UK, marilah kita bersama-sama berdoa semoga kita diberikan taufiq dan hidayah untuk terus bersemangat menyucikan hati, menimba ilmu, mengajak kepada yang baik, mencegah perkara-perkara mungkar, memperjuang hak-hak kita.
Terima kasih dan syabas kerana berjaya membaca sehingga ke ayat ini! Terima kasih juga kerana mengundi, kerana undian anda adalah tanda anda prihatin kepada masalah ummah!

Moga kita meraih keredhaan dan cinta Allah SWT.
wassalam wbt.

Azad

10 comments:

ihsan_huhu said...

azad..
ape jawatan ko dlm persatuan gay tuh? model sambilan?

azad said...

malu aaa nak cakap

hoho

aku De Facto Leader Straight Guy Society la...mana gay2 ni...

tau le aku skola laki...hoho

Anonymous said...

maaf laa saya tidak dtg mengundi abg azad.. (gigles~) sejuk + umah jauh di riverside.. (read: alasan) tp iA saya forward msg abg azad (gigles lagi) kpd anak2 saya.. bak kata derg "kami redah hujann taww pegi sana.. tgk2 mak tak dtg.. pemalas sungguh" kata mereka lagi..

hehe.. apa2 pun, tahniah.. buat keja baik2.. fight for "one university, one BIG prayer room"

bioscience saya rasakan makin jauh lak.. isk3~

azad said...

thanks for your do'a.

Prayer room tu sgt penting, nampak cam takde progress langsung sejak first yr, dah kutip petition brapa kali ntah. tapi this year commitment saya kt isu palestine dan lain2 yg releven.

Prayer room nye issue sgt2 penting, tapi saya mengharapkan bala tentera ISOC utk fight for it. kalau cam takde progress langsung...next year inshaAllah sama2 kita semua pakat buat keje ni.

Anonymous said...

Dulu ada diberitakan antara yg buat susah nak dpt prayer room adalah disbbkan one top gun at CFU is an arab christian. Ada apa2 news pasal nih?

MahFuzaH said...

sy tidak dapat menikmati kemudahan prayer room. school sy (heath park campus), jauh dr biosc. jd prayer room sy ialah di mana2 sahaja empty room yg sy jumpa (sebelah library/ lecture theathre penuh dgn tengkorak/ bilik kecik sblh lecture theatre).. Occupational Therapy ~

Anonymous said...

Tak dapat datang mengundi takpe, anda boleh SMS undi dengan taip "AFundi Azad" ke 38889. Setiap undi dikira 50pence.

Tak pun boleh hantarkan undian melalui pos laju UK Express & akan sampai thru SPR...dimana ketelusannya selalu diragui...huhu.

Atau;

Anda boleh menggunakan undi hantu melalui SMS Ghaib dgn taip "DUKUN PETAI Azad" & bacalah mantera yang anda ingat.

Semoga berjaya!

Anonymous said...

Assalamualaikum..ana tertarik dgn tazkirah yg nta beri tu..mmg btul..kite kne ade golongan yg sebahagiannya meneru kpd kebaikan dan yg sebahagiannya lagi mencegah kpd kemungkaran..

Anonymous said...

Bersama2lah kita berdoa moga akan tiba golongan pejuang yg btul2 mmperjuangkan Islam..

Anonymous said...

Salam ukhwafillah..