Friday, December 01, 2006

Bersabar wahai kawan....

Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku lebih gemar untuk menaip post dalam Bahasa Melayu (baca: MELAYU!) dan tidak Bahasa Inggeris, walhal assignment yang tersimpan rapi didalam beg sekolah kesemuanya memerlukan keringatku untuk menulis dalam Bahasa Inggeris. Ntah.....Biarkan biarkannn.....

Aku dulu buntu. Ingin mencari sesuatu yang boleh dijadikan kekuatan untuk berjuang. Identiti untuk diserlahkan.

Dari situlah aku jumpa kekuatan dan nama. Keluarga. "Kehebatan" sejarah & salasilah keluarga menjadi asbab untuk aku menumpang & menangguk kebanggaan hasil titik peluh orang lain. Aku yakin, ketika itu, yang aku berada di dalam kelompok yang betul. Kesempatan untuk menuntut di salah sebuah sekolah sekular yang ditubuhkan berteraskan semangat kebangsaan menjadi penyeri kepada pakej yang sedia ada.

Aku berhijrah ke Banting. Di situ aku dikenalkan dengan kelompok orang2 yang lebih cenderung kepada agama. Aku pelik. Ada juga kelompok sebegini. Aku diajak untuk bersama2 menimba ilmu, berbaik dengan guru2, memahami erti persahabatan sebenar dan menghayati sejarah perjuangan Nabi. Pendirianku tatkala itu goyah.

Aku fikir dan terus fikir (mungkin salah satu kelemahan, sebab terlalu banyak berfikir sampai orang lain kata aku tidak berbuat apa2 & membuang masa), aku pertimbangkan hak batil, baik buruk dan sebagainya. Aku membuat keputusan.

Inilah namanya perjuangan.

Tiadalah namanya perjuangan andai kemenangan itu mudah untuk diperoleh. Perjuangan yang sebenar apabila kita mempraktikkan teori yang dipelajari, dan dilancarkan secara terus ataupun tidak terus kepada sasaran. Dan perjuangan seringkali menjadi "along" yang mahukan secebis pengorbanan dari kita, sedikit demi sedikit. Adakalanya kita terkorban.

Nasihatku buat rakan2 yg disayangi sekalian,
Sedarlah bahawa perjuangan itu bukan mudah. Ianya tidaklah semudah perbincangan ilmiah semata2. Ianya juga tidak semudah mengharapkan kemenangan yang datang bergolek. Bersabarlah. Kita punya matlamat. Kita berusaha, untuk mencapai matlamat tersebut. Andai tidak tercapai, maka nantikanlah.....anak2 kita bakal menyambung perjuangan ini.

Dan suatu hari nanti kita akan mengecapi kemenangan!

3 comments:

ihsan_huhu said...

azad balak banting n nilai..

Anonymous said...

ingat, dunia sebenar bukan macam dalam usrah. semua nampak baik je. orang dalam usrah pun leh jadi setan skali skala.

so, jadi la orang yg rileks n cool

azad said...

rileks n cool cam aku?

ke cam ko?

huhu