Tuesday, November 28, 2006

Adab

Kehidupan sebagai seorang pelajar memerlukan kita untuk sentiasa berada dalam keadaan peka terhadap keadaan sekeliling. Penglibatan kita didalam aktiviti-aktiviti luaran, ya'ni selain akademik, mematangkan fikiran, menajamkan akal dan meluaskan pengalaman. Peluang untuk mencorakkan kehidupan kita sebagai pelajar di bumi Inggeris ini amat luas, bahkan sebahagian besar peluang-peluang in tidak dapat kita perolehi di Malaysia.

Malaysian Society
Islamic Society
Federation of Student Islamic Society
Badan2 politik yang digerakkan oleh pelajar2 universiti (Labour, LibDem etc)
UKEC
Kelab UMNO?!
dan lain2.

Fokus saya pada kali ini bukanlah untuk membincangkan tentang kelebihan persatuan-persatuan ini dengan lebih terperinci.

Ibnu Khaldun ada menyatakan didalam kitabnya Muqoddimah, bahawa "“Manusia dalam sifat semulajadinya perlu hidup bersosial (saling memerlukan antara satu sama lain)”.

Kita bergaul bersama rakan2. Kita berbincang. Kita berdebat. Bagus.

Tapi boleh jadi cacat kalau.....dalam perbincangan, ada yang mengeluarkan kata2 yang tidak sopan.

Fu*k
Bulls**t
dan lain2.

Wahai kawan2 yg sangat kusayangi sekalian,
Kita ni orang bertamaddun. Kita dimuliakan dengan Islam. Tambah lagi, kita ni orang Melayu. Kita orang dari rantau Timur.

Hidup kita, kat mana kita toleh pun, mesti beradab. Makan kena beradab. Minum kena beradab. Masuk tandas kena beradab. Bercakap kena beradab. Hatta nak buang ayaq pun kena beradab. Saya bukannya hendak berleter kepada rakan2, tetapi sekadar hendak mengingatkan diri sendiri serta anda semua.

Bila orang tengah bercakap, adabnya kita jangan mencelah. Mintak izin kalau hendak mencelah

Bila kita berdebat, adabnya kita berbudi bahasa. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Tak perlu pun kepada mencarut2. Hang carut2, hang carut budi hang gak, kotoq.

Bila kita tidak setuju dengan pendapat orang lain, adabnya kita hormat & undur diri dengan baik. Jangan pula terbawa2 untuk berdendam dengan orang tersebut. Nabi pun menegur orang Badwi yang kencing kat masjid pasal perbuatan dia, bukannya pakat ngan para sahabat supaya boikot orang Badwi tersebut.

Lepas tu, kawan2 sekalian, kita pun kena juga ingat.....

Janganlah dok gebang2 "DISKRIMINASI! DISKRIMINASI!" kalau kita sendiri tak paham apa bendanya yang didiskriminasikan

Janganlah dok emo sangat "APEHAL LAK KO NYEBOK??!! KO TAKDE HAK NAK BAGI KEPUTUSAN". Yes, memang orang yang tidak terlibat secara langsung tiada hak untuk memberi keputusan, tapi cara kita menjawab balik tu perlu ada adabnya juga.

Anak degil, bapak sebat.
Murid degil, cikgu tegur.
Pekerja degil, bos bising.
Membe degil, membe baik sound.
Kalau membe degil & tanak dengar............?!!!!!

Ingat ye kawan2, orang sound bukan sebab suka2, bukan sebab nak glamour, bukan sebab nakkan nama, bukan juga sebab nakkan pengaruh.....tapi sebab takut kalau2 nanti time kite mampuih nanti.......hok yang cipte kite tu sound!!

Kembalilah kita kepada budaya hidup yang beradab.
Takut Allah, jom ikut Nabi!

wallahu'alam.

9 comments:

Anonymous said...

betol2... wahhh post ini ku tunggu2 sebenarnya encik azad.. saper la berani tengking2 rakan ku yg sorg ni.. ishh2.. biarlah dikau cool and chill.. tp sahabat2mu yg lain sesungguhnya geram dan rasa tak puas ati..

azad said...

cik [s],

rasanye tak perlu geram n rasa tak puas hati, tapi tq sebab memahami.

aku takde masalah inshaAllah kalau ada org marah kat aku. dah lumrah manusia ada org suke, ada org benci. cume yg aku harapkan apa2 perbincangan, biarlah berlegar kat ruangan minda. jgn masuk dlm hati. karang kalo kecik hati....jadi emo....bile emo...mcm2 bende pulak jadi...

yg penting, kita sangka baik kat sume org inshaAllah

allahu'alam

ihsan_huhu said...

azad ensem2 pon ade org berani wat camtuh ke? siot r.. kl kat skola sure dh kne rembat dh ...
aku sound ko slambe je... koowl seyh..~~

kenyang memakan dan memberak ceri..

azad said...

hoho....

ko lain san....ko balak, lain cite...
huhu

Anonymous said...

apekah maksud balak itu??

Anonymous said...

balak haram..

lain kali, kalau dah ada rasa cam nak marah, cabut cepat2

lambat cabut..
rasa marah..

lambat cabut..
sakit gigi..

lambat cabut..
ubi kayu keras..

lambat cabut..
dapat anak..

Anonymous said...

ape hal aku bukak address blog yg ko bagi keluar mega bible studies?

azad said...

hoho.....balak tuh....senang cite, sile bukak blog enche' ihsan_huhu tu....tengok org nye...perhh..tu la balak namenye...huhu

mega bible studies??! biar betik!
perh....IFC seh blog aku

Anonymous said...

aderh.. mcm la aku kenal muke dia cmne.. dia letak gamba org lain kat blog dia..