Friday, November 17, 2006

Jiwa......Syukur.....

Mama bersama Arif (4yrs old, bongsu dari 7), di rumah, pagi sebelum aku bertolak ke Cardiff

Aku bukanlah seorang yg berasal dari bandar. Aku sudah biasa dengan susu Fernleaf dari kecil, didodoikan dengan lagu "DO-a deer, a female deer", diberikan buku2 Walt Disney untuk dibaca, ke sekolah pun, naik bas yang elok, kasut 2 pasang setahun, RM 2 untuk sekolah rendah, RM 1 untuk sekolah agama. Sekali sekala, ada juga ke kelas fardhu ain. Ayah sering mengajak ke surau untuk solat, tapi aku berlari2 di luar. Balik rumah, kena sebat. Berbirat. Dengan ibu, aku selalu ada masalah waktu aku kecil. Cemburu. Selalu adik2 yg kecil sahaja diberi layanan yang lebih. Mulut aku pun menjadi celupar. Menjawab. Kena cili.

Ujian peperiksaan sekolah rendah, aku selalu cemerlang. UPSR pula, dapat 5A. Masuk asrama.

STAR 9802. Memori. Kawan & Lawan. Suka & celaka.

Tingkatan satu macam hamba
Tingkatan dua macam hamba tahap 2
Tingkatan tiga pun macam hamba
Tingkatan empat, aku bebas
Tingkatan lima, aku bebas juga, walaupun bukannya raja.

Kenapa hamba? Semuanya kerana aku tidak mahu menuruti permintaan pelajar2 senior yang celaka. Aku peduli apa, yang penting aku dijalan yang benar. Kena kutuk, maki hamun, tikam belakang, tampar, sepak terajang.

Dapat keputusan SPM. Syukur, Allah Maha Penyayang. Masuk asrama lagi.

Kelas M03E, Kolej Mara Banting 03-05

Bebas! selesai sudah 5 tahun dimaki dihamun. Lali. Ketika itu aku mula belajar berinteraksi dengan manusia yang pelbagai. Perempuan terutamanya. 5 tahun belajar di persekitaran all-boys. Kini cabarannya lain pula. Pendedahan terhadap agama. Aku dibesarkan di sekolah sekular. Bahasa arab pula selalu gagal sewaktu di sekolah rendah. Sekolah menengah pula, mengambil bahasa jepun sehingga 'ter'pergi ke Jepun selama sebulan. Nak dibanding dengan yang lain? Siapa? Matshah? Napie Zin? Ahmad? Aku haram jauh kebelakang. Kini cabarannya bersifat dalaman. Sekali sekala aku menangis. Sendirian. Cuba mencari hala tuju. Aku berasa tenang. Tapi masih mencari.

Simposium Nuqaba', Kolej Mara Banting

Keputusan yang kurang baik, tapi dapat juga ke UK (??!). Alhamdulillah. Seandainya Allah hendak memberi, tiada siapa yang boleh menghalang.

Tiba di UK.

Cabarannya kini, luaran dan dalaman. Kuat.

Luaran, aku dihentam, dimaki, diperli, secara terbuka, sinis ataupun belakang-belakang.
Dalaman, berusaha untuk menjadi yang terbaik, tetapi seringkali ketinggalan.
Banyak lagi cabaran-cabaran yang lain.

Raya, 1 Syawal 1427H, Cardiff City Hall
Mujur........
Mak ayah yg selalu memberi sokongan dan doa (walaupun lebih 8 tahun aku hidup berasrama),
Kawan2 di STAR yg sentiasa bersamaku,
Sahabat2 di KMB yg tidak segan silu kucintai kerana sucinya hati mereka terhadap agama Allah,
Adik-beradikku di Cardiff yang sentiasa disamping ketika aku memerlukan nasihatmu...

-Aku yg sentiasa hidup nomad-

Luahan dicoret setelah sekian lama terpendam. Bukannya aku bersifat pendendam.

17 comments:

ihsan_huhu said...

huhu..lek r brader..
aku upsr b english, abg aku upsr pon xdek...
aku jua mencintaimu azad..muah2

ps: usha r mamat yg berbaju kuning kat gamba simposium tuh..bergaya casual tuh..wahuahua

azad said...

sape sape...???
aku usha jap...

azad said...

huhuhuhuhuhu.....

haaa, yg baju kaler kuning tu, memang die suke bergaya. memang balak

Highly recommended.
teeheeee

Anonymous said...

uhuk uhuk.. isk isk azad.. aku termasuk dlm adik beradik ko tak??

Anonymous said...

aku tak jadi adik beradik pun takpe, adek sendirik pun dah ramai nak mengepow duit gaji aku yg tak masuk lagik nih..

jgn aa nangis azad.. lek2, cuba tgk positip sket..

aku lagik aa takde upsr. takde masuk sbp.. tapi aku suka, pasal aku tak hidup jadi hamba. selain hamba Allah jua..

sekarang ni, sekolah agama pula banyak kes menghamba orang. sikit2 belasah, sikit2 pukul, sepak terajang apatah lagi. sampai mati pun ada.. tak kira patah itu ini. ntah la, agaknya budak2 sekolah agama dah lupa tujuan agama..

orang boleh kata macam2, tapi bagi aku satu je. budak form5 yg perlukan kawan2 sampai 2 3 4 5 +++ 40 orang utk belasah budak form 1 2 3 sorang2, adalah penakut, tadak teloq. takut kena belasah balik dgn budak kecik, sebab tu ajak kawan2.

berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bungan kembang tak jadi.

-islam itu membebaskan perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah semata-

azad said...
This comment has been removed by a blog administrator.
azad said...

sue,

budak2 kadif, sume adik bradik....tapi yg btul2 aku sayang,
-budak batch kite umumnye
-budak2 rumah aku (rona n syidi)
-budak rumah wansah, ofa, din, anep, faruq
-budak rumah ko
-budak2 medic satu batch
-akak2 abg2 medic
-budak2 usrah
-abg2 akak2 posgrad
-budak2 isoc yg aku slalu lepak
-budak2 darul isra'

ntah....list panjang berjela kalo nak sebut satu2....tapi, thanks, jazakumullah khoir buat semua!

azad said...

zaki,

kalo kat skolah dulu, org pikir nak jadi pawer je. jadi otai skolah, baru aaa macho n balak! huhu....bile otai, baru aaa banyak jambu, junior respek, patu dapat bdak2 junior nanti gelar "legend". budak2 junior ingat sampai depa besaq...

duit makbapak bagi dok kasik senior2 bodoh buat bayar lesen. junior senior sama2 bodoh.

junior yg, ntah taktau apa nak ckp, rela kene trajang oleh senior sbb nak "apgred" status karma tepape.

mcm2 bende merepek kat skolah dulu.....subhanallah, cemana aaa aku bley survive bende2 tuh....mmg kalo pikir nye pikir, susah gak nak caye sbnarnye. ntah.

allahu 'alam

Anonymous said...

ish banyak betul cabaran kau azad..aku banyak cabaran jugak tapi lupala..pasal bagi aku yg lepas adalah lepas..jgn nangis ape yg kite kurang..hargaila ape yg kite ade.heheh..ni aku blejar time TOK.

azad said...

cabaran tu menguatkan
aku suke kenang bende2 lama, sebab dgn kenangan aku dpt usha progress diri aku, bape banyak aku dah maju, or takde beza etc. tapi tak nangis...hehe....

yg lpas mmg lpas, tapi dgn bende yg lpas la aku blajar nak deal dgn things yg berlaku skarang so that d future akan ikut or tak lari dari apa yg aku expect.

still, surprises happen. apa2pun, "laa haula wa laa quwwata illa billah"

thanks keeper remind aku

Anonymous said...

abishh org tahu nama ku.. cet lah azad.. jgn risau, yg dok kutuk2 ko tu jgn dilayan sgt.. buat baik mmg susah.. adat resam kehidupan dai'e.. so, kena lah biasa2kan..
tp jgn risau, kitorg tada kutuk ko nye.. cuma selalu imitate cara ko menyampaikan sesuatu dgn memeberi background info terlebih dahulu.. neway, pi la potong rambut.. serabai beno aku tgk..

Anonymous said...

isk, rambut ko dah cam aku ke azad? adakah aku terlalu balak hingga perlu dicontohi?

huhu, aku ada gak rasa nak jadi otai, tapi tak nak a jambu2 nih. geli geleman aku. nak wat camner, korang sek laki sumer

driving license pun tak mahal cam lesen kat skolah. kalau aku jadi menteri pendidikan, aku nak introduce la lesen2 yg boleh mengayakan kementerian.

azad said...

huhu....ko lagi balak, zaki....aku tak balak ooo..rambut aku bley tahan panjang gak aaa, plg panjang aku pnah simpan stakat ni, tapi ala ala teknik rebonding...hoho....cam ko nye...no wonder people called you JESUS!

zaki, pi usha blog usrah kitorg kat cardiff
http://my-cf10.blogpsot.com

hok ni nak kenang balik zaman2 akhi razi & akhi fendi time depa ada kat sini, walopun kitorg takde laa toksheikh cam depa, tapi kitorg baru je dapat sorg Ust, member Ust Hasrizal.

ko just bayangkan.....skali bayaq lesen kat senior, sorang dalam RM70. Kalau ada 20 orang? pehh.....kaya beb gua cakap...

Alaaa, nazri UMNO pun kate, org2 UMNO terasa kebal dari kene tangkap from kes rasuah.

kecik sampai besaq same je....

Anonymous said...

dan apabila azad menaip, bahasanya sungguh berlainan dgn percakapannya.. wahh.. mcm jd org lain pulak..

azad said...

ntah..

pada aku, menaip & bercakap, output nye 2 bende berbeza.

Cakap bnyk pade spontaneous reaction utk handle any issue kat depan mata

Bila menaip/menulis, bnyk masa utk reflect. More wisdom??! ntah. terpulang...

Anonymous said...

azad lebih sensitif ketika menaip/menulis dr berckp..

azad said...

hehe, thanks cik [s]