Tuesday, November 07, 2006

Luah...

Aku sendiri tidak mengetahui mengapa sebenarnya aku sering meluangkan masa untuk menukilkan post di blog ini dengan begitu kerap sejak kebelakangan ini. Mungkin sebab aku runsing, maka aku cari ketenangan. Mungkin sebab aku buntu, lantas menaip untuk meligatkan otak agar kembali berfikir. Mungkin juga sebab pasrah dengan beberapa perkara, maka disinilah tempat kuluahkan perasaan.

Banyak orang, dari pelbagai latarbelakang singgah ke blog ini untuk membaca khabar baru tentang diri aku. Terima kasih aku ucapkan

Sesetengah manusia daripada mereka mungkin mencari-cari kesalahan agar ianya menjadi bahan untuk berdebat denganku

Bagi pengunjung harian yang sentiasa ringan tangan untuk bertanya khabar di CBOX di sisi blog, terima kasih juga aku ucapkan (tribute kepada encik ihsan_huhu). Andalah pemain utama yang menyinarkan blog ini.

Tiba-tiba aku menaip dengan bahasa Melayu. Pertama kali. Post penuh.

Macam-macam benda yang aku fikirkan. Kadang-kadang aku tenang, kadang-kadang aku kusut....
-dengan perangai manusia yang gila glamour, gila kuasa, gila duit.....mereka disekelilingku.
-dengan perangai manusia yang dah tidak endahkan nilai-nilai murni dalam al-Quran dan sunnah Nabi
-dengan perangai manusia yang semakin bodoh sosial.

Entah.

Mujur ada kawan-kawan, sahabat yang betul-betul aku hargai kasih sayang mereka.

Wahai pembaca yang berfikir,
Sama-samalah kita perkuatkan diri kita, dalaman dan luaran. Cabaran menggunung menanti kita, hari demi hari.

Wahai pembaca yang bodoh,
Celikkanlah diri. Janganlah sampai aku meluat tengok engkau yang kadangkala bersikap sombong serta bodoh, kedua-duanya pada masa yang sama.

Aku mencari ketenangan.
Cinta hanya untuk Tuhan.

4 comments:

ihsan_huhu said...

azad semakin emosi kini... cool doe...
gila yg paling gila tertinggal... gila wanita atau gila gay..hahah
tenkiu kembali kepade en azad.. terkenang zaman2 dahulu ketika beliau berkata "aku mane reti doe tulis2 blog nih" apabila disuruh membuat blog sendiri...
skang aktif mengalahkan aku..
aku sudah bosan agaknya berbelog...

azad said...

huhu....

bukan pasal makin emo san, tapi kadang2 rasa kat hati ni cam tak sedap kalo pendam je. baik aku luahkan je. kurang2, sape bace, yg trase tu, pedas aa....moga2 dpt berubah lpas dah pdas2 tu...ameen!

huhu....dulu tak reti blog2 ni.tapi skarang, huhu....apgred apgred.

azad said...

nak luahkan kat ko, nanti org kate gay, nak luahkan kat bini, tak kawen lagi, nak luahkan kat mak ayah, takkan nak luahkan pasal perangai budak2 kat sini kot.

tu le gunenye blog. huhu

ihsan_huhu said...

blog gune utk cover baieeeeeekk nyer...hahaha